BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Julai 2009

Julung kalinya aku menyertai Hari Keluarga JPMM DUN Puteri Wangsa, kerana pada tahun-tahun yang lalu aku tidak dapat menyertai kerana bersama adik-beradikku di kampung juga mempunyai program.

Hari Keluarga JPMM DUN Puteri Wangsa juga pernah ke Taman Hutan Endau-Rompin.

Program ini telah berjaya dan berjalan dengan lancar walaupun terdengar 'satu suara' yang tidak berpuas hati, yang ingin diberi perhatian - Aku cukup geram dengan 'satu suara' ni, aku yakin rakan-rakanku juga begitu.

'Satu suara' yang banyak kerenah bukan sahaja di program ini malah di mana-mana saja dia berada.... selalunya 'satu suara' ini akan kedengaran.

Dalam hatiku berkata - bersyukurlah...

Ringkasan cerita Hari Keluarga JPMM DUN Puteri Wangsa dan Biro Keselamatan :
bermula pada pagi Sabtu - pelepasan Konvoi Remaja Bermotor seramai 200 buah motorsikal dari Dataran JPJ Negeri Johor diiringi oleh JPJ, Polis Trafic, Pertahanan Awam, ambulan dan Persatuan Johor Bikers ke Desaru Damai.

YB DATO' HJ ABD. HALIM - TAKLIMAT DAN PENERANGAN KPD PESERTA KONVOI

Semua peserta mendapat baju Hari Keluarga berwarna hijauu.

Aku bersama rakanku telah berada di Desaru Damai pada hari sebelumnya kerana menunggu keluarga-keluarga (500 orang) untuk pendaftaran dan pembahagian bilik-bilik pada awal pagi.

Petang Sabtu - lawatan ke kilang coklat dan membuat kraftangan bagi wanita, gotong-royong bagi lelaki di kawasan surau.

Acara pada malam itu - Solat maghrib dan isyak berjemaah bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Johor. Ucapan ringkas dari dato'- dato', tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor, serta ceramah dari JAIJ, JPJ, PDRM dan Askar Wataniah selepas makan malam dan BBQ.

Tetamu undangan yang hadir pada malam itu - YB Dato' Seri Azalina yang kelihatan kurus, YB Datuk Harun ( kedua-duanya merupaan Ahli Parlimen & ADUN kawasan tersebut), YB Datuk Maulizan, Pengarah JPJ, Rejimen 501 Askar Wataniah dan beberapa jabatan lagi.


Pagi Ahad - senamrobik, sukaneka cabutan bertuah, makan tengahari dan jam 3.00 petang bersurai.
SUKANEKA


Ucapan jutaan terima kasih kepada suamiku kerana memberi kerjasama - melayan anak-anak semasa aku bertugas.

Bersyukur. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, ADUN Kawasan Puteri Wangsa dan jawatankuasa kerana dapat mengeratkan silaturrahim dengan kehadiran semua.

Juga penghargaan kepada semua hadirin.

0 Comments:

Post a Comment