BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Mac 2009

Jeti Nelayan


Jeti nelayan.. tempat ibu saya membesar. Aki saya seorang nelayan di Kuala Pontian, Pahang. Aki saya juga mempunyai kepandaian / kepakaran dalam 'ilmu-ilmu nelayan' ni seperti membuat bot, jala, melihat arah bintang semasa dilaut, melihat riak air di laut dan macam-macam lagi.

Ibu bercerita ketika usianya 5 tahun lagi dia sering mengikuti aki ke jeti atau menjala ikan ketika ini menjala ikan merupakan kegiatan masa lapang aki. Aki menjadi nelayan ketika dia masih bujang lagi sehingga dia perpindah ke Kampung Sepayang.

Sesama saya berusia 5 tahun, ayah saya pula menjadi penjual ikan sehingga sekarang. Alhamldulillah. Ibu saya tak lekang dari bau ikan.. harap ibu masaklah ikan selalu..


15b. Mac lalu, kami bersama Mak Teh serta Pak Nor singgah di Jeti Penyabong, dapat juga saya melihat nelayan-nelayan sedang membuat jala dan melihat bot nelayan yang berlabuh. saya lihat muka ibu merenung jauh mungkin teringan zaman kanak-kanaknyadi jeti Kuala Pontian.

0 Comments:

Post a Comment